.

.

Assalamualaikum ! terima kasih ~ datang lagi yea ? hee

.

.

muahx !

Friday, June 24, 2011

hukum bercakap ketika khutbah jumaat

Dari Abu Hurairah ra., Nabi berkata, "Jika kamu berkata kepada sahabat kamu "Diam", semasa Imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka kamu telah berkata yang lagha (berkata perkara yang sia-sia)". ([HR al-Bukhari, Muslim)

Nabi s.a.w.: "Jika kamu berkata kepada kawanmu, diam pada hari Jumaat dan khatib sedang membaca khutbah, maka tiada pahala Jumaat baginya." (Nailul Authar, dari Abu Hurairah).

Berkata-kata ketika imam berkhutbah TIDAK MEMBATALKAN solat Jumaat tetapi TIDAK MENDAPAT PAHALA.

Menurut mazhab imam Syafi’e, hukumnya MAKRUH berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah Jumaat.

Manakala tiga imam yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali) mengatakan HARAM berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah Jumaat.

Dibenarkan berkata-kata dalam beberapa keadaan, iaitu kerana mahu memberi amaran kepada si buta daripada terjatuh ke dalam telaga, mengerjakan solat tahiyatul masjid, mengucap`yarhamukallah’ kepada orang yang bersin apabia dia memuji Allah, menjawab salam dan membaca selawat apabila mendengar selawat.

Meng"amin"kan do'a Imam ketika khutbah kedua pada hari Jumaat tidaklah tergolong kepada perkataan yang sia-sia, ia dibenarkan, cuma dengan kadar suara yang perlahan. Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, "Sesungguhnya apa yang syara'kan adalah agar seseorang itu adalah mendengar khutbah dengan baik. Boleh menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339].

0 comments: