.

.

Assalamualaikum ! terima kasih ~ datang lagi yea ? hee

.

.

muahx !

Tuesday, May 10, 2011

cuaca panas di malaysia

korang rase tak seminggu due ni malaysia jadi panasssss gile babeng ? haha , kat shah alam smpai penah 39C tau ta ?? sumpah panas gile , aku igt kan shah alam je mcm tu , rupenye mmg skg satu malaysia tengah panas , haha . aku kat rumah sewa aku tu dah rase mcm dalam sauna tau ta ? yaAllah , panas die macam ... err tatau la cmne nak ckp , ni baru kat dunia kan ? kat akhirat nti tatau la cmne yer , huu

ni aku ade nasihat la sikit2 utk korg2 yg menghadapi cuaca yg sgt panas ni

  1. Minum air masak yang banyak. Elakkan diri daripada minuman berkafein atau beralkohol kerana boleh mengakinbatkan anda dehidrasi (kekurangan air yang melampau). Selain air mineral, teh herba atau pun jus boleh segarkan badan tubuh badan anda dalam keadaan cuaca panas di Malaysia hari ini.
  2. Rancangan kegiatan luar anda. Elakkan kegiatan luar yang berlebihan
  3. Kurangkan makanan yang berprotein tinggi kerana ia boleh meningkatkan suhu tubuh badan anda.
  4. Memakai pakaian yang berwarna cerah dan terang. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kadar penyerapan cahaya matahari
  5. Ini pula melibatkan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak ditinggalkan secara bersendiran di dalam kenderaan walaupun untuk jangkamasa beberapa minit.

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Cuaca panas dan kering yang melanda Semenanjung Malaysia dan bahagian Miri serta Limbang di Sarawak dijangka berterusan sehingga awal April ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Ini berikutan fenomena El-Nino yang terjadi di tengah Lautan Pasifik sejak Jun tahun lepas yang dijangka berterusan sehingga April ini dan diramalkan beransur-ansur beralih kepada keadaan normal mulai Mei.

Dalam satu kenyataan hari Selasa, Jabatan Meteorologi juga meramalkan dalam musim peralihan monsun pada April, taburan hujan kembali hampir normal di semua negeri pantai barat semenanjung dan bahagian-bahagian utara Sarawak.

Bagi negeri Sabah, keadaan cuaca dijangka pulih pada keadaan hampir normal dalam bulan Mei, menurut kenyataan itu lagi.

Menurut Jabatan Meteorologi, Malaysia kini berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut dimana cuaca lebih panas dan kering berbanding bulan Disember dan Januari.

Bacaan maksimum suhu yang direkodkan dari 1 hingga 23 Feb tahun ini adalah di antara 34 hingga 36 darjah selsius, yang mana masih dalam julat purata suhu maksimum bulan Februari.

Menurutnya, kedudukan matahari yang secara relatif hampir tegak di kawasan khatulistiwa dalam pertengahan Feb hingga pertengahan April adalah antara punca kejadian cuaca panas.

Ia bertambah buruk dengan berlakunya fenomena El Nino sederhana yang menyebabkan hujan turun di Lautan Pasifik tengah dan seterusnya kekurangan hujan di Malaysia.

Antara kawasan-kawasan yang mengalami kekurangan hujan adalah Perlis, Kedah, Pulau Langkawi, Kelantan, Terengganu, Pahang, pedalaman Negeri Sembilan, Johor dan semua bahagian di Sabah dan Bintulu.

Berikutan cuaca panas dan kering, orang awam dinasihatkan menggunakan air dengan berhemah dan menghindari aktiviti pembakaran terbuka.

-- BERNAMA


2 comments:

ezy.fia said...

kat ganu arini mendung je..
mlm td ujan..
huhuh

teyqahd said...

wahhh , untung laaa :DD
alhamdulillah :D