.

.

Assalamualaikum ! terima kasih ~ datang lagi yea ? hee

.

.

muahx !

Monday, April 25, 2011

hadis palsu !

salam , sebelum ni aku pernah post entry pasal hadis rokok kan ? entry yg ni SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK

rupenye tu hadis palsu , err korang boleh bace sendiri kat bawah ni . aku copy kat artikel kat dlm facebook .

kalau aku salah , sila tegur yea :D



Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) :

“Kelak… akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”


Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya:

“Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”


Sabda Rasulullah SAW :

“ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir.


Allah bertanya kepada iblis :

Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu?


Kata iblis :

Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah.


Allah berfirman:

Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”


Nabi bersabda lagi :

“Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”




Ana petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12

tadi ada kawan ana tanye pasal hadis ni..sungguh,1st time ana dengar hadis ni..ana tanye kawan2 ana yang lain,dieowg pon tak pernah dengar..ana carik siapa perawi hadis ni pon,ana tak jumpe jugak,so ? betul ke tipu ni ?

ini hadis sahih ke hadis dhaif ? ke hadis palsu?


Beberapa jawapan yang ana dapati dalam forum al-fikrah :


1) palsu, tembakau cuma ditemui oleh penjajah sepanyol ketika mendarat di latin amerika sekitar abad ke 16M. kaum latin amerika yg pertama kali menanam tembakau.


2) Hadis ini adalah palsu.Ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadis, yang sahihnya atau yang dha`ifnya.

Ia adalah satu pembohongan yang keji atas nama Nabi. Haram menyebarkannya.


3) jika wujud hadith yg spefisik dan sahih dalam bab merokok, maka mudahlah Majlis Fatwa kebangsaan memfatwakan haramnya merokok…sampai sekarang, MFK belum lagi gazzette fatwa keharaman rokok kerana faktor terbesar ialah tiada larangan khusus dalam AQ & AS. ia cuma Qias sahaja dan lapuran sains klinikal sahaja


4) penulis buku HARAM MEROKOK ini iaitu Adil Akhyar pernah menulis buku mengenai “poligami tidak sunnah” ( nonsense ? )


5) Manuskrip setua mana sekalipun memang tidak dikira. Jika tidak sudah tentu para huffaz meriwayatkannya. Hadith ini juga tidak ditemui dalam karya hadith sahih, da’if, dan mawdu’ (palsu). Tidak tahu datang dari mana da…

berdasarkan apa yang di atas,dan ana rasa ni memang betol lah hadis palsu..lagipon ana cari cari,memang tak jumpe siapa perawi hadis ni..yang tukang sebar banyak,tapi tak de pon jumpe siapa perawi hadis ni..

hadis palsu ni kene tentang habis habisan..tak boleh disebarkan..siapa siapa yang tahu pasal hadis ni boleh komen kat sini ? salah silap sila betolkan..


Fakta Yang Boleh Diterima Akal Kenapa Rokok Diharamkan :


Tapi jangan silap faham plak..even hadis ni palsu tapi hukum merokok still HARAM..cume tak boleh gune hadis ni dalam menguatkan fakta yang rokok itu haram..wallahuallam..


Tadi ada hamba Allah komen ( haniff_mn@hotmail.com) .beliau menyatakan sebab sebab kenapa rokok itu haram..you guys can read it here :

Pengharaman rokok bukan datang dari hadis Nabi secara direct. Lebih kurang seperti dadah. Tapi adalah Fatwa yang dikeluarkan ulama’2 berdasarkan dalil aqli(akal, perbandingan) dan naqli(Hadis, Al-Quran).

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.




10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

4. Rokok membahayakan keturunan

5. Rokok mengganggu manusia lain.

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup

8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana

9. Rokok membazirkan harta (wang)

10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)




*Sumber "http://iniwootwoot.com/2011/04/hadis-palsu-mengenai-hukum-haram-merokok/"

**Sebarkan Sebelum Lebih Ramai Mempercayai Dengan Hadis Palsu Tersebut.'



0 comments: