.

.

Assalamualaikum ! terima kasih ~ datang lagi yea ? hee

.

.

muahx !

Friday, May 20, 2011


some songs can make you sad and cry when you hear them ,
but it's actually not the song that makes you cry , it's the people behind the memories








i love you eternally ,











Tuesday, May 17, 2011

penat dan puas !




huu , arini rase penattt la sangat sangat , nak tahu nape ? hee
anak anak murid mak aku datang , budak form 2 , alahai budak form 2 je ponn , kan ? hee
nak tau taa , dorg ni makan mcm raksasa makan tau taaa , hahaha
banyak gile makan , cepat je da abeh , sedang aku dok kemas kemas dapo tu , tibe2 mak masuk dapo ckp ,

''kakyong , tak cukup ! , kena masak lagi ''

''haa ? hayooo , oke oke , hee ''


aku pon dgn segera nye masak secepat mungkin ..

masak ape ? hee

mestila masak makanan specialty aku , spegethi .. dari dulu lg mbe2 aku selalu request aku masak spegethi ni , smpai aku jempot dak2 kelas aku dtg umah makan spegethi , tp bukan la spegethi je , mcm2 la lagi kan aku n mak aku masak , tp spegeti tu , seingat aku , smpai 3 round kot aku masak dlm periuk yg besaaa tuu , siyess penat gile babeng , tp sgt la puas bile tengok sume kawan2 kenyang , pastu dorang tambah lg , sedap katenye , hak3 ;D

yang ni pon , mak aku yang request aku masak spegeti ni , aku on je , senang je pon masak nye , yang ni 2 round je aku masak , tp dlm kuantiti yg sangat banyak , tapenah aku masak sebanyak cmtuu ,

sume orang tnye aku , cmne nak masak spegethi yg sedap ,
jawapan aku ,

BAWANG PUTIH ;D

hee , try laa , sangat sedap oke , ape2 masakan pon , klo buh bwg putih , sedapppp oooooo .
hee , pastu nak masak spegethi ni masuk la sekali tomato cincang , 2 ke 3 biji , cendawan butang , potong dadu , capsicum merah n hijau , potong dadu gak , hee , sumpah la sangat sedapppp , hee

pastu bahan bahan lain , korg sendiri pon tahu kan nak buh ape kan ?



Monday, May 16, 2011

bertuahnya~




haha , aku rasa aku tak pernah dapat hadiah ape2 sepanjang terlibat dalam dunia facebook ni , hee , tp ni la kali pertama rasenye , ahaks

cmni cite die~
aku tgh on9 la kan , mcm biase , pastu mbe skola teknik aku im aku , suh aku like page tu MY PRELOVED SITE , then like komen die , bukan like gambar yea , hehe , aku pon dgn ikhlas hatinye teros laa like page tu ngn komen die , lg sikit kot die nak menang , rase mcm nak promote suh mbe2 aku like gak , tp mase tu rasenye aku tgh edit2 blog aku , so mcm fokus aku lebih tertumpu kat blog aku la kan ,
pastu bile da setel , tgok kat fb aku tu , tibe aku terbace ni

|
|
v


haha , yeke ni ? aku ke ni ? HAHAHAH .

luck i guess :DD

ape ape pon , terima kasih la banyak2 kat mbe aku tu , cik shima , dan juga kepade owner MY PRELOVED SITE tu yg bermurah hati nak bge giveaway kat lucky liker , hehe



tp aku mmg rasa aku betol2 sgt bertuah sebab ..

|
|
v



hehe , aku like page tu mybe lepas betol2 page tu update status ni , hee , last minute updates kott , hee , ALHAMDULILLAH ;D

rezeki aku , kan ? hee



Sunday, May 15, 2011

we



'' we're just two people who found each other ''

















solat mahgrib kat stadium selayang



solat mahgrib kat stadium selayang . mase ni klo tak silap aku nik aziz datang bge ceramah kot .
:DD


sumber : facebook.com

bla bla bla ~


penat la aku membebel kat adik adik aku tadi , hee
nak buat cmne kan , da name pon anak sulung , klo tak membebel tu mmg bukan name akak sulung la kan ? haha
tp membebel yang bermakne la kan ? hee

adoyy sakit tekak da ni ;DD






Saturday, May 14, 2011

tak patut !!

hish ! patut nye nera yang kuar !! ta patot ta patot .







*err , mende baru kali kedua tengok . mule2 tgok konsert pertama je , hee ;DD

lelaki india simbah wanita melayu dengan asid ! mangsa ke 23


DIKEHENDAKI...ini fotofit suspek yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur malam tadi. Menurut polis, suspek dipercayai berumur lingkungan 30-an dan bermisai.

sumber ; mymetro.com



KUALA LUMPUR: “Sebaik saja saya buka tingkap kereta, tiba-tiba saya rasa bagaikan disimbah sebaldi air sehingga menyebabkan muka dan hampir seluruh badan basah kuyup.

“Saya panik dengan apa yang berlaku sehingga tidak mengetahui apa yang perlu saya lakukan kerana kejadian berlaku begitu pantas. “Pandangan saya kabur kerana kuantiti ‘air’ yang disimbah banyak dan tepat mengenai mata,” kata mangsa ke-23 kes simbahan cecair yang hanya mahu dikenali sebagai Emma, 31, dalam kejadian di Wangsa Maju, dekat sini, semalam.


Menceritakan semula kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu, Emma berkata, dia memandu bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar sepupunya yang bekerja di Wangsa Maju.

“Sebaik saja saya menghantar sepupu ke tempat kerja, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah di AU4, Keramat kerana ingin membantu ibu menguruskan majlis kenduri yang akan diadakan keesokan hari.


“Sebaik tiba di simpang tiga, tiba-tiba saya didatangi lelaki bermotosikal dan menyimbah cecair tepat pada muka saya,” katanya.


Bimbang cecair yang digunakan suspek berasid, Emma yang juga anak kepada seorang pegawai polis, bergegas ke klinik berhampiran ditemani ibunya untuk mendapatkan rawatan lanjut. “Doktor yang merawat saya mengatakan cecair yang disimbah pada badan saya tidak berbahaya kerana tidak terdapat tanda-tanda cecair itu mengandungi asid.

“Doktor memberikan beberapa pil alahan sebagai langkah berjaga-jaga bimbang kesan cecair itu pada kulit badan saya,” katanya. Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, Emma berasa gatal pada bahagian muka dan beberapa bahagian badannya dan timbul bintik kemerahan pada bahagian tangan, tetapi bersyukur ia tidak serius.


Khuatir dirinya diancam kejadian yang sama, Emma tampil membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju ditemani ahli keluarga terdekat.


Emma berkata, dia kini trauma jika melihat individu yang menaiki motosikal kerana masih terbayang-bayang kejadian malang yang menimpa dirinya.


“Saya tidak akan sesekali menurunkan cermin tingkap kereta walau apa pun terjadi dan akan lebih berhati-hati sewaktu memandu seorang diri,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Harian Metro semalam, mengesahkan kejadian yang menimpa mangsa.


Ku berkata, polis kini sedang menyiasat sama ada suspek dalam kejadian di Wangsa Maju semalam, mempunyai kaitan dengan kes simbah cecair yang dilaporkan sebelum ini.


Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian simbah asid supaya tampil membantu polis menjalankan siasatan kerana ia akan mempercepatkan suspek ditahan pihak berkuasa.



sumber ; mymetro.com

aduhai la blog


semalam kan blogger down kan ? nak tau ape jadi kat blog aku ? haha ape yang aku edit edit sume tu , sume HILANG ! hahah
sedih kot !

penat je aku bazir mase kelmarin buat tu buat ni , ehee

tapi aku tak putus ase , aku dengan semangat baru , pagi ni aku dah edit balik dah , hee
dan akhirnye ...

siap seperti yang aku edit kelmarin laa jugak , hee , nasib baik aku ni jenis yang menyimpan url mane la tau ade kes yang tidak diingini berlaku , mcm semalam ,

ouh , lupe pulak nak wish , semalam blog aku ni dah berumur setahun :)
harini dah jadi setahun sehari la kan , smlm aku tak perasan sbb blog ni buat hal , hee



selamat hari jadi pikapika !! :DD






ps; huu pelik kan ? hmmm



lelaki india simbah wanita melayu dengan asid !

ni lakaran muka mamat india yang dok main simbah asid kat muke perempuan , huu
sumber ; oh! media


ye ke tak racist ? huu , kalau ta , kenape sume ni jadi ? huu . ape motif sebenar 2 makhluk hitam berbulu tuh ? huhh


KUALA LUMPUR 8 Mei - Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis 'thinner' dan 'alkali' kini dikatakan semakin berleluasa berlaku di ibu negara, dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal.

Penjenayah yang sehingga kini belum diberkas dikatakan mencari mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.

Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah suspek berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka.

Dalam kejadian terbaru semalam, seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran Titiwangsa.

Mangsa berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.

Kelmarin, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.

Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa.

Katanya, daripada lima mangsa itu, seorang daripada mereka berketurunan India.

"Kita minta orang ramai, khususnya wanita supaya bertenang dan memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan penjenayah itu yang sudah dikenal pasti identiti mereka.

"Polis setakat ini mengesan dua suspek berketurunan India ini menaiki motosikal atau menunggu mangsa di laluan yang sunyi sebelum menyimbah mereka menggunakan botol plastik yang sudah dipotong berisi cecair itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Khairi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu, sebanyak 10 kes simbah cecair dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah ini sehingga Mac lalu.

"Dalam kejadian terakhir pada Mac lalu, tiga wanita iaitu seorang guru dan dua orang awam dilaporkan telah disimbah cecair itu di pekan Brickfields.

"Setakat ini, tiada mangsa dapat mengecam suspek yang menaiki sebuah motosikal kerana kejadian berlaku begitu pantas," jelasnya.

Bagaimanapun menurutnya, usaha untuk mengesan suspek yang terlibat masih diteruskan kerana bimbang suspek kembali melakukan jenayah sama selepas ini.



sumber ; utusan.com.my