.

.

Assalamualaikum ! terima kasih ~ datang lagi yea ? hee

.

.

muahx !

Thursday, February 7, 2013

Kisah Suami Menjadi Isteri

KISAH SUAMI MENJADI ISTERI...♥

*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah
dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku
hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan
isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di
rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja
dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan
mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang
lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Kemudian kutip
kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.
Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas
ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum
mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula
kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri
rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat,
minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama
ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab
pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang
tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam
sini..hargai la isteri anda..

Muhasabah diri



kadang2 kita berdoa untuk KUAT,
tetapi DUGAAN bertimpa2 datang menggugat,

kadang2 kita meminta untuk BAHAGIA,MUSIBAH pula hadir menduga.. 

semua kurniaNya Ada HIKMAH..

DUGAAN menjadikan mental kita KUAT 

MASALAH menjadikan minda kita BERFIKIR 

MUSIBAH menjadikan HATI kita TABAH.



p/s: sebenarnye kan, aku ......

Wednesday, February 6, 2013

Dont Forget






aha, aku teringat dialog movie yg sgt romantik, tajuk die Notting Hill, lakonan Julia Robert dgn sape ntah name hero die, tp hensem bangat sehhh. (tade kene mengene dgn gambar di atas rase nye, keh3 ;p)


"Dont forget,

I am just a little girl, standing in front a boy,
asking him to love her "


awww, so sweet, hehe ;")




p/s: Baru aku perasan, sume yang aku post, sume jiwang2, HAHAHAHA. peduli ape aku, dah tu yg aku rase, ko ade rase mcm tu? puih ;p




Carian


Hahaha, 

memang tak dapat la nak cari kte, hehe ;p

melainkan tau macam mane nak cari, hehe









pstt..i love you ;p

Long Distance Relationship





indeed.

i heart you.

Tuesday, February 5, 2013

3 Things you Should Never Break





beware folks.

Lagu

Assalamualaikum WBT.

Aha, agak dah berapa lama aku tak update blog aku ni? nak kat setahun jugak la aku rase, haha. malas sebenarnye. ehe ;p

Mule2 aku bukak blog aku ni ha, harusla tukar lagu dulu, bosan ooooooo dengar lagu yg same je, kan? kan?   tetapi, seharusnye sesape yg mengenali aku, aku suke lagu yg mcm jiwang2 gitu, ahah.

ehem, bukan jiwang la, tapi aku suke lirik lagu tu, baru la aku suke nak mendengar lagu tu haa. bile aku dengar lagu tu, aku rase lagu tu ade kaitan dgn aku mahupun hidup aku, cewah ayatt ;p

so aku da tukar lagu kat blog aku ni dengan lagu yg aku rase mmg ade kene mengena dgn aku. hehe.

LUCKY? kenape dgn LUCKY? ehe, tu korang kene dengar sendiri, hayati lirik tu, then baru korang akan tauuuuu. untuk memudahkan korang, aku dah sertakan lirik dah ni. sambil korang mendengar, leh nyanyi sekali, sambil membaca sambil menyanyi, sambil menyanyi sambil menghayati, eheee. enjoiceeeee :DD


Lucky-Jason Mraz ft Colbie Callait

Do you hear me, I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy, I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you, I promise you, I will

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through the trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh







p/s: im really lucky though :')






Tuesday, May 15, 2012

Weird.


Ikhlas

Meninggalkan dan ditinggalkan memang sudah menjadi lumrah manusia sejak azali lagi.
Lagi parah, apabila perasaan sedih dan menyesal datang selepas meninggalkan dan ditinggalkan.

Ouh, kenapalah air mata dan mata bengkak kena jadi kawan baik.
Tolong lah, pulangkan balik senyuman manis menawan bak sang mentari di ufuk timur kembali.

Untuk encik obor obor, lagu di bawah untuk anda,

ikhlas ,

Atikah >:D<



Friday, March 9, 2012

Penakut

aku takut sangat, aku takut nak berubah.
aku takut nak pandang ke depan. aku selalu pandang belakang.
aku takut nak meninggal kan sesuatu.

aku takut nak pejam mata.
aku takut terbayang bayangan yang aku ta mahu nampak
aku takut nak mengaku, yang orang sekeliling aku dah mule berubah
dah tak macam dulu lagi.

yea, manusia berubah, percaya lah.
terimalah hakikat tu.

dan aku memang penakut, takut nak kehilangan sesuatu, takut nak melepaskan sesuatu.
tapi hati tak pernah boleh bohongi diri sendiri.

aku memang seorang penakut :'(